Golongan B40 antara yang paling terkesan dari segi kewangan berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa keempat esok.
Menyedari hal itu, DAP Perak menerusi misi prihatin rakyat mengambil inisiatif memberikan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang politik.
After 36 consecutive days of tireless effort, sacrifices & hard work, today PERAK DAP service team have achieved a new mile stone by helping 15,000 poor families with approximately 75,000 people.We are marching towards 100,000 target, please support us so to help more Malaysian. pic.twitter.com/mdu69KcVLD
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) April 27, 2020
Sejak hari pertama PKP dikuatkuasakan, menurut Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, seramai 75,000 rakyat yang memerlukan terdiri daripada golongan B40 telah dibantu oleh pusat khidmat negeri itu.
Misi prihatin rakyat pasukan khidmat DAP PERAK sudah masuk hari Ke-37 pada pagi ini. Terima kasih kpd semua rakan2 seperjuangan,petugas & penaja yg berbakti secara sukarela. Semoga lebih 15,000 keluarga asnaf miskin yg menerima bantuan kami bakal memperolehi hikmah.#KitaJagaKita pic.twitter.com/znNbDefRlj
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) April 28, 2020
“DAP Perak sedang menuju ke sasaran membantu 100,000 orang fakir miskin. Semua sumbangan diberi tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.
“Kami berdedikasi membina semangat bangsa Malaysia,” ujarnya.
Bantuan yang diserahkan kepada penerima adalah dalam bentuk bekalan makanan selain juadah berbuka puasa.
Pasukan DAP Perak turut memberikan sumbangan topeng muka kepada pasukan barisan hadapan yang berkhidmat demi negara. – Roketkini.