DAP Teruskan Gerak Kerja di Parlimen Ayer Hitam dan DUN Yong Peng

516930441 1251782259653085 785394289394391771 n
  1. Pada 5 Julai 2025, satu mesyuarat DAP telah diadakan di Pusat Khidmat DAP Yong Peng. Mesyuarat telah dihadiri Pengarah Strategik DAP Kebangsaan Sdr YB Liew Chin Tong, bekas calon Parlimen Ayer Hitam Sdr Sheikh Umar Bagharib Bin Ali dan bekas calon DUN Yong Peng Sdr Alan Tee Boon Tsong.

  1. Mesyuarat telah membincangkan pelbagai perkara termasuk pengukuhan parti dan isu-isu semasa.

  1. Di Johor, keutamaan DAP adalah untuk mengukuhkan akar umbi dan meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat setempat. DAP akan terus memperjuangkan dasar di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan demi kesejahteraan Bangsa Johor.

  1. Untuk rekod, DUN Yong Peng adalah kerusi yang pernah dimenangi DAP pada pilihan raya umum 2013 dan 2018 manakala kerusi Parlimen Ayer Hitam pula telah dikekalkan oleh Presiden MCA Wee Ka Siong sejak PRU 2004.

  1. DAP bersama Pakatan Harapan akan meneruskan usaha membantu rakyat di samping bersiap sedia untuk PRU akan datang.

 

SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
Naib Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts