
Pagi ini, DAP Wanita telah melancarkan satu program yang dinamakan HERLEAD khas untuk golongan wanita yang mempunyai cita-cita kerjaya politik. Pelancaran itu diwakili oleh Sdri Teo Nie Ching selaku Ketua Wanita DAP, Sdri Yeo Bee Yin, Timbalan Ketua Wanita DAP, Sdri Wong May Ing, Setiausaha Wanita DAP, Sdri Syerleena Abdul Rashid, Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP dan Sdri Xiao Tao.
HERLEAD merupakan satu program pendidikan politik yang inovatif direka untuk memperkasa dan melengkapkan para wanita dengan kemahiran serta pengetahuan diperlukan untuk menjadi pemimpin politik berpengaruh.
HERLEAD dicipta sebagai satu revolusi landskap kepimpinan politik negara dengan mengambil pendekatan unik, menyeluruh dan direka khusus melalui kaedah mentor dan dalam pendidikannya.
HERLEAD bukan hanya satu program pendidikan politik. Ia menonjolkan pendekatan menyeluruh, menggabungkan modul pendidikan yang padat berserta program mentor yang direka khusus untuk tempoh setahun. Dwi struktur yang diwujudkan ini dapat memastikan para peserta bukan sahaja menimba pengetahuan teori, tetapi juga panduan praktikal bersesuaian dengan kekuatan dan aspirasi setiap individu.
Peluang ini terbuka bagi ahli DAP sahaja. Kepada yang berminat, boleh daftar di pautan – sini