(Nota editor: Dalam bahagian kedua, sewaktu sesi soal jawab pertama, pihak penganjur lebih memberi peluang kepada para penyokong MCA. Pada sesi soal jawab kedua, semakin ramai penyokong MCA yang emosi dengan membuat tuduhan liar. Chua Soi Lek pula tidak banyak menjawab soalan, sebaliknya menyerang Lim Guan Eng secara peribadi )
Sesi soal jawab bersama hadirin
- Bolehkah anda menghuraikan macam mana parti anda mempromosikan pendidikan dan meningkatkan peluang pendidikan dan tahap membaca? Soalan kepada kedua-dua pendebat.
- Tadi Dr Chua Soi Lek berkata bahawa DAP mengawal Cina dengan Cina, tetapi saya rasa yang benar-benar mengawal Cina itu UMNO yang mempergunakan MCA untuk mengawal orang Cina, menipu orang Cina dan mengkhianati orang Cina. Saya ingin bertanya sama ada Chua Soi Lek bersetuju saya cakap begitu?
- Soalan saya kepada kedua-dua pendebat. Dalam satu negara yang demokrasi, adakah penggunaan ‘gag order’ yang kerap melanggar prinsip dan semangat demokrasi?
- Soalan ini kepada Lim Guan Eng. Sebagai seorang Ketua Menteri, kita tidak datang sini untuk mendengar kata-kata manis anda. Tadi sudah ada yang bertanya, DAP ini sudah menyertai Pakatan Rakyat, saya ingin bertanya lagi, bagaimana anda boleh berjanji kepada orang Cina seluruh negara bahawa PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam?
- YAB Lim, saya separuh orang Pulau Pinang. Tadi anda berkata, anda nak meringankan beban rakyat, kedua, anda sudah untung wang banyak, saya ingin berkata, kamu mengelirukan rakyat! Kerana kamu meningkatkan cukai pintu, apa-apa pun sudah naik harga, termasuk selepas 10.30 malam, saya lihat dengan mata sendiri dua kali, selepas 10.30 malam, sudah tak ada satu kereta pun, tetapi kamu masih suruh pegawai penguatkuasa tunda kereta! Sehingga orang bergaduh dan tercedera, masalah keselamatan ini, kamu macam mana jelas?! Adakah ini maksud meringankan beban rakyat?! (nada marah yang amat sangat)
- YB Lim, wayang kulit, mak yong adalah warisan negara, tetapi selepas PAS memerintah Kelantan, kedua-duanya sudah diharamkan. Lagi satu, kenapa penyu di Terengganu itu diharamkan selepas PAS memerintah?
Pertama sekali saya ingin membalas sesetengah tuduhan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak memberi tanah kepada sekolah Cina, saya rasa ini penipuan sama sekali. Ini kerana kami mempunyai bukti, sekolah pun boleh mengesahkan. Jangan lupa, kerajaan negeri sekarang memberi peruntukan secara sistematik kepada semua aliran sekolah, selain daripada sekolah Cina, ada lagi sekolah Tamil, sekolah Agama Rakyat dan sekolah swasta cina. Dulu tidak ada langsung, kini tiap-tiap tahun dapat peruntukan.
Di sini, saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia, berani berubah, kita tidak harus akur kepada nasib. Kita berhak menikmati peluang yang sama rata. Kita tidak harus melutut untuk minta, kita harus bangkit dengan berani dan bermaruah untuk berubah! Kita tidak mahu ditipu lagi, berubah sekarang juga! Tengok, Presiden MCA juga sudah berubah, pertama kali berdebat dengan Roket (DAP). Tetapi berdebat itu tidak penting, yang penting itu, berani tak MCA cakap ‘tidak’ kepada UMNO?
Kenapa harus kata ‘tidak’ kepada UMNO? Kerana UMNO menggunakan sentimen perkauman dan agama, termasuk menyokong PERKASA yang ekstrem untuk menghasut dan mempecah-belahkan rakyat! UMNO menyalahgunakan akta yang tidak berperikemanusiaan, UMNO rasuah dan reput, isu Kak Lembu itu hanya ‘tip of the iceberg’. Yang lagi serius itu, dalam 10 tahun yang lalu, ada RM1 trillion yang telah diseludup keluar dari negara ini. Yang ini macam mana kira? Inilah sebab kita hendak kepada sistem dua parti selama 10 tahun ini.
Seperti apa yang diakui oleh mantan presiden MCA Ong Tee Keat, MCA bekerjasama dengan UMNO, dulu MCA sekurang-kurangnya boleh makan sisa makanan UMNO, sekarang paling bagus hanya harap boleh dapat sisa roti sahaja.
Ramai Melayu tidak dapat menikmati pembangunan negara, tidak ada RM250 juta untuk menternak lembu, kerana terlalu banyak buah yang baik dimakan kroni BN, rakyat hanya boleh tertunggu-tunggu, makan sisa buah!
Masalah yang dihadapi masyarakat Cina, saya percaya para hadirin pun tahu, satu longgok, kita semua tahu apa masalahnya. Selain daripada masalah sijil sekolah swasta (UEC) tidak diakui, sekolah Cina tidak mendapat peruntukan yang mencukupi, guru-guru yang tidak arif berbahasa Cina dihantar ke sekolah Cina, ada juga masalah guru sementara yang belum diselesaikan.
Oleh itu kesemua isu tidak sama rata dalam ekonomi dan pekerjaan ini, saya percaya bukan sahaja orang Cina yang menghadapinya, kaum lain juga menghadapinya, oleh sebab itu kita harus mengambil peluang ini untuk berusaha dengan kaum lain untuk membawa perubahan.
Apa yang kita menitikberatkan sekarang ialah masa hadapan anak kita. Masa depan kita sudah ditindas BN selama 50 tahun, jangan biar masa depan anak kita ditindas juga, oleh itu, kita sedang menunggu peluang ini.
Pagi ini sebelum saya datang, saya beritahu anak perempuan saya, kalau ada peluang, saya suara generasi muda kamu. Saya harap kita ada polisi yang terbuka untuk membolehkan kamu tinggal di sini, jangan alir keluar lagi. Kita hendak menitikberatkan bakat dan bukan sahaja kayu balak. Ingat, hanya dengan menitik berat, menghargai dan memilih bakat, baru Malaysia boleh cerah dan beruntung besar.
Kita tengok Korea Selatan, pada tahun 1970, pendapatan purata mereka hanya USD260 seorang, pada tahun 1970 Malaysia lebih baik, ada USD380. Tetapi sekarang Korea Selatan sudah melangkaui Malaysia, sekarang Malaysia ada pendapatan purata USD7,760, Korea Selatan sudah USD20,000!
Kenapa Korea Selatan boleh menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi Malaysia masih sangkut? Faktor terutama ialah Korea Selatan adalah negara demokrasi, ada sistem dua parti, ada pertukaran kerajaan secara alternatif. Oleh itu, jikalau kita hendak berubah, kita hendak Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi, kita perlu ada keberanian untuk bangkit, ada keberanian untuk merealisasikan sistem dua parti.
Jalan ini sememangnya tidak mudah, tetapi saya hendak mengingatkan anda semua, kami bekerjasama dengan PAS, PKR adalah satu deklarasi yang bertulis, ini sudah diumumkan. PAS ada ideologi PAS, DAP ada ideologi DAP, tetapi jangan lupa, PAS tidak pernah bunuh satu orang Cina pun. Ini realiti, biarlah kita bertabah hati, bertekad berubah, walau pun susah, tetapi demi generasi muda, kita harus sempurnakan jalan perubahan ini! Kalau tidak mengalami musim sejuk, mana boleh dapat bunga yang harum? Sekian.
Penutup – Chua Soi Lek
Saya perhati ucapan YAB Lim, dia tanya sama ada MCA berani menentang UMNO, jawapan saya, sama ada DAP berani menentang PAS? Mudah saja. Beliau mengatakan bahawa salah satu mantan presiden MCA mengatakan bahawa MCA makan sisa makanan orang lain; itulah kerana beliau (Ong Tee Keat) tidak memimpin dengan baik, belum cukup satu tahun lagi kami sudah menumbangkan beliau!
Tadi ada satu soalan tentang pemupukan bakat, saya rasa YAB Lim tidak jawab. Saya cakap dengan rendah diri, MCAlah yang berusaha dengan paling baik dalam hal ini. UTAR dan Kolej TAR hari ini sudah memupuk 180,000 bakat. DAP memupuk bakat dengan air liur sahaja. RM5 juta yang diperuntukkan sekolah Cina, yang itu bukan peruntukan yang diinstitusikan, dari awal Johor pun sudah ada. Saya ini bukan sombong, saya orang pendidikan Inggeris, saya cakap berterus-terang.
Saya sering kata, kalau Ketua Menteri selalu menunjuk-nunjukkan pemberian RM5 juta, saya Chua Soi Lek tak ada satu jawatan kerajaan pun satu tahun paling kurang memberi RM10juta! Ini untuk pendidikan, jangan selalu disebut-sebutkan.
Rasuah, anti-rasuah lagi, langsung tidak menjawab soalan saya, apakah model pembangunan ekonomi anda? Bukan saja ‘duit untung duit’, yang itu bapa saya sudah ajar waktu kecil. Hari ini, saya nak berterus-terang, DAP ada pencapaian, hari ini di Pulau Pinang ialah ‘abang long’. Tetapi saya tengok YAB Lim, dia masih berperangai ‘street warrior’. Tiap-tiap kali naik pentas atau isu kenyataan media, kalau bukan marah orang, dia menyerang tanpa memahami konteks sebenar untuk mendapat publisiti.
Kami datang dari satu kampung, saya tidak ada apa-apa jawatan kerajaan, tetapi saya ingin mengingati YAB bahawa apa yang dijanjikan, anda tidak menunaikan satu pun. Yang paling mudah itu rumah kos rendah, hari ini Pulau Pinang ada 150,000 orang sedang menantikan rumah kos rendah, tetapi kerajaan negeri satu buah pun tidak bina.
Baru-baru itu, mungkin kerana dimarahi orang, atau kerana hendak datang berdebat hari ini, dia baru memberi RM500 juta ‘mock cek’ tetapi saya tahu, YAB pun tahu, YAB pun kena mengakui, RM500 juta ini tidak ada dalam belanjawan kerajaan negeri, RM50 juta saya rasa pun tak ada.
Anda sentiasa cakap, anda sudah menyelesaikan hutang kerajaan negeri, tetapi itu tidak benar, anda hanya menyusun semula hutang air kerajaan, membuatkan kerajaan pusat menanggung beban hutang tersebut, lepas itu kamu beritahu orang, hutang kami sudah dikurangkan. Kalau macam itu, Perak pun sama. Sebelum saya datang, seorang kawan minta saya memberitahu YAB, “jadilah Liu Bei (pahlawan Cina kuno yang strategis), jangan jadi Zhang Fei (pahlawan Cina kuno yang tidak berfikir panjang)’.
Ramai orang suka risau tentang polisi populis, bagi warga emas RM100, MCA pun boleh buat, bayi juga kami sudah beri RM200, apa yang kami ingin lihat ialah transformasi, penjaminan dan kebajikan yang jangka panjang, inilah yang ingin dilihat, bukan polisi populis. Saya pernah baca Buku Jingga, mansuh tol, setiap keluarga sekurang-kurangnya dapat RM4,000, ini bukan saya yang cakap… – Roketkini.com