Dua penerjun wanita Terengganu akan teruskan latihan di Sekolah Sukan Malaysia seliaan Kerajaan Persekutuan

f594fb09 ddec 4e7c 84f2 d9292483926f

(1) Kedua penerjun wanita Terengganu yang memenangi pingat di SUKMA Sarawak baru-baru ini akan meneruskan latihan harian mereka di Sekolah Sukan Malaysia seliaan Kerajaan Persekutuan. Saya percaya bakat mereka akan terus dapat dikembangkan sebelum terpilih memasuki program di peringkat kebangsaan pada masa akan datang.

(2) Pengarah teknikal kebangsaan sukan terjun Bryan Nickson telah mengenalpasti penerjun ini untuk dipertimbangkan memasuki program pelapis kebangsaan pada tahun hadapan sekiranya terus menunjukkan peningkatan prestasi di beberapa kejohanan akan datang.

(3) KBSMalaysia berharap Kerajaan Negeri Terenganu tidak mendiskriminasikan pemberian insentif kemenangan kepada kedua-dua penerjun ini memandangkan mereka juga telah menyumbang pingat kepada Kontinjen Negeri Terengganu. Untuk makluman semua, setiap peserta yang mewakili negeri di SUKMA perlu melalui proses pendaftaran yang dipersetujui oleh Majlis Sukan Negeri tertentu.

(4) Pihak Kementerian bimbang dengan arahan Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan penglibatan atlet wanita dalam bidang tertentu dikhuatiri akan merencatkan potensi ramai atlet muda yang terbukti mempunyai bakat, serta memberikan impak negatif kepada pembangunan sukan negara secara keseluruhannya.

Hannah Yeoh
Menteri Belia & Sukan

Recommended Posts