Perwakilan yang hadir Konvensyen Biasa DAP Selangor diingatkan untuk tidak berpuak dan berpecah belah sesama sendiri. Pesanan itu diucap oleh Setiausaha Agung DAP, Sdr Anthony Loke di IDCC Shah Alam, Ahad lepas.
Beliau mengatakan yang trend untuk berpuak dengan nama ‘team A’ atau ‘team B’, hanya ada ‘team DAP’ yang bergerak sebagai satu pasukan. Dan tidak kira apa jawatan yang disandang, setiap wakil jangan mengambil sikap sombong atau angkuh.
“Macam mana tinggi pun kita, jaga akar umbi, tanpa akar umbi tidak ada pemimpin”
Ketika dalam ucapannya juga, beliau mengatakan yang Selangor mempunyai calon jawatankuasa negeri teramai di Malaysia iaitu 50 calon untuk 15 kerusi. Ini juga menunjukkan yang Selangor berjaya perolehi bakat yang pelbagai yang mampu mengharumkan dan mengembangkan nama parti. Beliau juga terbuka kepada idea untuk mengeksport mana-mana bakat dari Selangor ke negeri lain untuk dilatih dan berkhidmat di sana.