1. Saya merujuk kenyataan dikeluarkan Presiden PAS di tengah-tengah usaha kutipan derma parti itu bagi menanggung denda RM825,000 yang diarahkan oleh mahkamah keatas Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/730068
2. Bagi saya, ia bukan soal kutipan derma untuk bayar denda saman fitnah semata-mata. Tetapi lebih penting adalah, PAS perlu menjawab persoalan DIMANAKAH NILAI MORAL parti itu?
3. Sebagai parti yang memakai jenama Islam, dimanakah nilai moral PAS apabila pemimpin mereka seringkali menggunakan fitnah sebagai senjata politik?
4. Lebih dari itu, saya lihat PAS bukan sahaja menggunakan fitnah, tetapi nampaknya MELAZIMI fitnah.
5. Ini bukan kali pertama. Pada 2016 misalnya, seorang Yang Dipertua PAS Kawasan telah memfitnah berlaku larangan azan di masjid dekat Pulau Pinang sekiranya DAP memerintah. Akhirnya beliau mohon maaf kepada DAP dan kerajaan negeri.
6. Pada 2017, Pesuruhjaya PAS Perak kalah saman selepas memfitnah bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ini berikutan kenyataan fitnah beliau di akhbar. Akhirnya beliau diperintah membayar RM200,000 kepada Nizar.
7. Pada 2019, pemimpin PAS Kelantan kalah saman kerana memfitnah Datuk Husam Musa dan parti AMANAH menerima duit tauke judi dan DAP.
8. Pada 2020, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memperoleh ganti rugi RM80,000 selepas menang saman terhadap Ketua Pemuda PAS Selangor yang memuatnaik artikel berunsur fitnah di media sosial.
9. Tahun 2021, seorang wartawan Harakah yang merupakan lidah rasmi PAS telah memohon maaf dan menarik balik artikel fitnah berkaitan Datuk Seri Dr Mujahid dan kerajaan Pakatan Harapan.
10. Tahun 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak membayar ganti rugi RM250,000 kepada Sdra Lim Guan Eng kerana membuat hantaran berunsur fitnah di Facebook.
11. Dari sebahagian contoh yang dinyatakan, fitnah dan PAS kelihatan ibarat isi dengan kuku. Ia telah menjadi normalisasi dalam PAS.
12. Saya nasihatkan supaya PAS muhasabah diri dan merenung kembali hadith nabi;
لَا يُلْدَغُ المُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ.
“Tidak sepatutnya seorang yang beriman, disengat sebanyak dua kali daripada lubang yang sama.” (Bukhari Muslim)
13. Selain itu, perhalusi semula surah Al-Baqarah ayat 191 dalam Al-Quran yang bermaksud;
“Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh.”
SHEIKH OMAR ALI
NAIB PENGERUSI DAP JOHOR
AJK PUSAT TERTINGGI DAP