Gelagat PMX yang mencuit hati!

capture

Kalau tanya sesiapa saja yang pernah bekerja di bangunan Parlimen, mereka akan sering kaitkan suasana di dalamnya sebagai formal, serius dan kadang-kadang tegang melihat kepada situasi yang berlaku pada hari tertentu. Apatah lagi isu-isu dan perbincangan yang dilakukan berkait rapat dengan rang undang-undang yang akan tentukan kehidupan rakyat. Mestilah suasana pun terikut dengan apa yang dibincangkan.

Namun, dalam keseriusan dan keheningan yang memenuhi bangunan Parlimen, adakalanya suasana menjadi ringan dan riang lagi-lagi apabila ada lawatan sekolah yang sering berlaku.

Baru-baru ini, satu rombongan sekolah dari SK Selama, Kedah dilihat sedang berlegar di perkarangan Dewan Rakyat ditemani beberapa guru. Kebetulan pada masa yang sama, PMX kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di dewan melalui tangga utama dan bertembung dengan rombongan di sana. Sempatlah PMX bertegur sapa dan berseloroh bersama rombongan yang ada. Lantas apabila PM mengetahui mereka dari Kedah, PM terus sempoi berbicara dalam loghat utara yang begitu sinonim dengan orang Kedah. Sesuai dengan beliau yang memang berasal dari negeri jiran iaitu Pulau Pinang. Anak-anak yang menyertai rombongan tersebut turut tersenyum lebar terpegun melihat Perdana Menteri yang sempat meluangkan masa. Kalau kita yang dewasa ini pun, bila bertentang mata dengan sosok pemerintah yang penuh wibawa, kita juga mungkin terkedu tak terbuat apa.

Bila PMX menyapa rombongan tersebut, beliau sempat juga bertanya tentang sekolah mereka. Mungkin beliau nak lihat jika ada kekurangan yang beliau boleh penuhi. Salah seorang murid sempat berjenaka dengan menjawab yang sekolah mereka tiada gimnasium! Begitulah relaksnya suasana bila PM kita begitu senang dengan anak-anak sekolah rendah tersebut. Terpancar juga aura manusiawi beliau yang dilihat tidak kiralah siapa yang beliau santuni, tua atau muda, miskin atau kaya, PM kita akan layani sama rata.

Sejurus selepas bertangkap gambar, PM juga dilihat berbincang dengan seorang guru yang menemani rombongan tersebut. Mungkin itu juga peluang untuk guru yang berkhidmat memberi pandangan atau bertanya soalan kepada wakil rakyat tertinggi pentadbiran negara.

Video penuh aksi mencuit hati ini boleh dilihat di sini.

Recommended Posts