Genjatan Senjata Thailand – Kemboja: Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Malaysia?

507984805 1234568491374462 3540356157682161261 n
Ketegangan sekian lama antara Thailand dan Kemboja tercetus semula sejak 28 Mei – apabila berlakunya pertempuran di kawasan sempadan berhampiran Preah Vihear. Insiden tersebut telah mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Pertempuran terbaru negara tetangga ASEAN ini pula pada 24 Julai, menyaksikan lebih banyak korban jiwa dari kedua-dua pihak. Ini telah mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan serantau.
Dalam usaha menamatkan konflik, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah ambil inisiatif mempengerusikan mesyuarat penting bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai.
HASIL PERUNDINGAN, kedua-dua negara bersetuju untuk:
✅ Laksana gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat
✅ Memulihkan keadaan kepada sediakala
✅ Menerima pasukan pemerhati ASEAN
Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia akan menyelaras pasukan tersebut bagi memastikan pematuhan gencatan senjata yang bermula jam 12.00 malam tadi (28 Julai 2025).
5 PENGAJARAN PENTING DARI LANGKAH MALAYSIA
1️⃣KEBERANIAN DI PENTAS SERANTAU
PMX menunjukkan keberanian sebagai pemimpin rantau yang diyakini. PMX bukan sekadar mengambil peranan simbolik, tetapi tampil memimpin rundingan penting ketika rantau berdepan risiko ketidakstabilan.
Amanah yang diberikan kepada Malaysia untuk menyelaras pasukan pemerhati membuktikan tahap keyakinan negara-negara jiran terhadap keupayaan diplomatik dan kebijaksanaan kepimpinan beliau.
2️⃣DIPLOMASI MENGATASI KEKERASAN
Pilihan untuk menyelesaikan konflik melalui rundingan (bukan kekerasan) menzahirkan kematangan dan iltizam terhadap prinsip damai sepertimana semangat Piagam ASEAN.
Ini selari dengan nilai-nilai ASEAN yang menolak sebarang bentuk keganasan, sekali gus menjadikan diplomasi sebagai jalan utama ke arah penyelesaian sebarang isu serta konflik.
3️⃣KETERBUKAAN & JARINGAN GLOBAL
Pengiktirafan kepada peranan Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping menunjukkan sikap PMX yang inklusif dan realistik.
Dalam dunia yang saling bergantung, keupayaan menjalin hubungan rentas kuasa besar amat penting dalam memastikan sokongan berterusan terhadap usaha damai serantau.
4️⃣MENGUKUH WIBAWA ASEAN
Kepimpinan PMX ini mengukuhkan keyakinan masyarakat global terhadap ASEAN. Ia memperkukuh imej ASEAN sebagai entiti yang matang dan mampu mengurus konflik dalaman secara tersusun.
Kejayaan ini menyampaikan mesej bahawa ASEAN bukan sekadar blok ekonomi, tetapi juga pelantar damai yang relevan dan diyakini di peringkat antarabangsa.
5️⃣DASAR LUAR BERASAS KEMANUSIAAN
Langkah PMX mempamerkan nilai keamanan dan kemanusiaan sebagai tunjang kemajuan dan kesejahteraan rakyat. Ia menjadi asas utama dalam setiap keputusan dasar luar.
Dengan meletakkan keamanan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan, pendekatan ini memberi wajah segar kepada dasar luar dan prinsip diambil Malaysia.
Tahniah PMX💪🏼
Tahniah Malaysia 🇲🇾
Solidariti ASEAN🫱🏼‍🫲🏽

Recommended Posts