Gurdwara Sahib Tronoh Dinaik Taraf: Simbol Perpaduan dalam Keagamaan

122445a3 e788 402c 970f 94765d2bd920

TRONOH, 3 Sept – Gurdwara Sahib Tronoh, sebuah mercu tanda bersejarah bagi komuniti Sikh di Perak, telah megalami proses transformasi menyeluruh bernilai RM300,000, mencerminkan semangat kebersamaan yang dipupuk oleh Kerajaan Perpaduan selama ini. Projek naik taraf ini telah menjadi perbincangan dikalangan masyarakat tentang peranan institusi keagamaan dalam komuniti berbilang kaum Malaysia.

Ketua kuil tersebut menyatakan bahawa projek ini telah menghadapi beberapa cabaran pada mula di bina, termasuk kekurangan dana awal dan skeptisisme dari segelintir pihak tertentu. “Namun, dengan sokongan padu komuniti dan bantuan dari pelbagai pihak yang faham tujuan sebenar, maka kami berjaya merealisasikan impian ini,” ujarnya dengan penuh semangat.

YB V. Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah, yang prihatin dengan keadaan ini turut menyumbang RM10,000 untuk aktiviti gurdwara, beliau menegaskan bahawa kepentingan projek ini adalah sejajar dengan visi Kerajaan Perpaduan untuk memelihara warisan budaya pelbagai bangsa sambil memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

Dalam lawatan tersebut V. Sivakumar turut menegaskan bahawa, “Tujuan pembinaan ini bukan hanya sekadar tentang menaik taraf bangunan, namun berfungsi sebagai asas pemupukan silaturahim dan membina jambatan antara komuniti.”

Pengunjung kini boleh menikmati kemudahan moden termasuk dewan makan yang luas dan kawasan memasak yang selesa, yang turut berfungsi sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan. Ini telah membuka peluang untuk dialog dan pertukaran budaya, selaras dengan matlamat Kerajaan Perpaduan bagi menggalakkan persefahaman kaum di Malaysia.

Dalam pada itu, projek ini juga turut mencetuskan perbincangan tentang pemuliharaan warisan . V.Sivakumar menyatakan , “Walaupun pemodenan adalah penting, kita juga perlu memastikan bahawa unsur-unsur bersejarah gurdwara ini dipelihara untuk generasi yang akan datang.”

“Transformasi Gurdwara Sahib Tronoh bukan sahaja menyediakan ruang ibadah yang lebih baik untuk penganut Sikh, malah menjadi contoh bagaimana institusi keagamaan boleh memainkan peranan penting memupuk pemahaman antara budaya di Malaysia” ujarnya sebelum mengakhiri perbincangan lawatan beliau ke kuil tersebut.

Recommended Posts