Guru adik Aqil Naufal terima Anugerah Khas Inspirasi yang pertama kali diperkenalkan KBS

hanayo

Siapa sangka sebuah klip video yang memaparkan seorang kanak-kanak yang menamatkan perlumbaan 100 meter dengan menggunakan tongkat (kudung sebelah kaki) di sebuah sekolah telah membawa seribu satu cerita inspirasi kepada rakyat Malaysia. Di dalam video itu menyaksikan adik Muhammad Aqil Naufal Zahiran, 11 yang berlari sambil didorong oleh cikgu Intan Zulaikha, 35 untuk menamatkan larian tersebut.

Kedua-dua kisah istimewa ini sangat menyentuh perasaan rakyat Malaysia dan juga Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan. Demi menghargai jasa dan usaha murni guru tersebut, pihak KBS baru-baru ini telah menobatkan Cikgu Intan Zulaikha dengan Anugerah Khas Inspirasi pada Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023. Anugerah ini pertama kalinya diperkenalkan oleh KBS yang diserahkan oleh Menteri KBS, Hannah Yeoh.

Memetik Sinar Harian, Intan Zulaikha berkata, beliau membantu Muhammad Aqil kerana muridnya itu meminati bidang sukan dan berhasrat menjadi atlet.

Sebelum ini, Hannah Yeoh telah pun menemui adik Aqil bagi membantunya mendapatkan pemasangan prostetik kaki palsu paras pinggul dengan konsultasi dari pihak pakar. Pihak KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) akan menyelia proses ini.

Semoga kisah kedua-duanya,anak murid yang berusaha bersungguh-sungguh dan guru yang sentiasa menjadi dorongan ini, akan menjadi tauladan untuk kita semua rakyat Malaysia.

Recommended Posts