Diinspirasi dari Hannah Yeoh, Legenda Badminton Lee Chong Wei akan memulakan insiatif sumbangan raket kepada kanak-kanak

hannah chong wei 2

Datuk Lee Chong Wei ialah seorang legenda. Pemain badminton nombor satu dunia pada eranya, serta pemenang tiga kali pingat perak di temasya Olimpik sudah cukup menggambarkan betapa gemilangnya seorang yang bernama Lee Chong Wei.

Memahami hal seperti ini, Menteri Belia & Sukan Hannah Yeoh telah melantik beliau dalam Jawatankuasa Road To Gold serta membantunya dalam Majlis Sukan Negara (MSN). Banyak kerjasama yang berlaku di antara Hannah Yeoh dan juga Datuk Lee Chong Wei.

Menariknya, Datuk Lee Chong Wei turut mengakui dan berkongsi cerita bagaimana beliau mendapat inpirasi dengan gerak kerja dan insiatif yang dilakukan oleh Hannah Yeoh.

“Beberapa bulan lalu, saya menyumbangkan raket, jaring dan bulu tangkis yang ditandatangani kepada anak-anak Orang Asli di Kampung Buloh Telor (Kuala Kubu Bharu), selepas dipelawa Sdr Hannah.

Ini membawa inspirasi kepada saya, dan saya merancang untuk mengembangkan inisiatif ini tahun hadapan dengan sokongan daripada kementerian dan Yonex.” – kata Datuk Lee Chong Wei, dipetik dari Scoop.

Legenda Malaysia yang kini berusia 42 tahun itu juga telah berjanji untuk menyumbangkan beribu-ribu lagi raket, jaring dan bulu tangkis kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan Orang Asli di seluruh Malaysia tahun depan. Ini sebagai salah satu cara untuk menghargai sukan yang telah mencorak kehidupannya.

hana xt

Menurutnya lagi, sumbangan ini tidak hanya tertumpu kepada satu kampung sahaja, tetapi beribu-ribu hadiah raket ini akan diedarkan ke seluruh negara.

“Saya mahu bertemu dengan kanak-kanak ini dan diharapkan dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk menceburi sukan ini” – kata Datuk Lee Chong Wei, dipetik dari Scoop

Insiatif ini bakal dihidupkan dengan kerjasama erat bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta penaja lamanya, Yonex.

Recommended Posts