Henti ucapan kebencian, gubal Akta Anti-Diskriminasi Kaum sekarang

72100457 2eac 40b7 9046 0e95963feba5

Masanya telah tiba untuk Akta Anti-Diskriminasi Kaum (ARD) digubal bagi mengawal dan mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menghasut kebencian kaum dan tindakan ekstremis yang mensasarkan mana-mana komuniti semata-mata atas dasar bangsa atau latar belakang. ARD penting bagi menghentikan samada individu perseorangan yang tidak bertanggungjawab mahupun orang politik daripada terlibat dalam ucapan kebencian, mempamer kebencian kaum dengan apa cara sekalipun serta tindakan provokatif yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan menimbulkan kebencian atau layanan tidak adil terhadap sesuatu komuniti.

Kejadian yang tidak diingini di Sepang melibatkan seorang peniaga yang enggan menjual jagung kepada masyarakat India dan menggunakan bahasa yang merendahkan adalah sangat membimbangkan dan menunjukkan sejauh mana sentimen perkauman yang tidak sihat dan tidak rasional telah mempengaruhi segelintir golongan masyarakat. Sentimen perkauman seperti ini yang ditunjukkan oleh seorang individu secara terbuka dan tanpa rasa malu tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang remeh, sama seperti ucapan rasis dek ahli politik ekstrem.

Sebaliknya, ini adalah satu realiti yang perlu ditangani melalui tindakan penguatkuasaan dan hukuman. Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa akibat yang buruk dan jauh, yang bukan sahaja akan memecahbelahkan negara, tetapi juga akan menyebabkan keruntuhan keharmonian kaum dan agama, serta penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang menjadi ciri-ciri ‘Malaysia Truly Asia’.

LIM GUAN ENG
AHLI PARLIMEN BAGAN

Recommended Posts