![0](https://dapmalaysia.org/wordpress/wp-content/uploads/2024/05/0.jpg)
Pepatah Melayu ada menyebut, , – satu pepatah yang amat sesuai untuk menggambarkan kejayaan hari ini dalam menarik pelaburan sektor tenaga boleh baharu dan pada masa yang sama, memperkasakan TVET dalam pembangunan tenaga kerja. Siapa sangka, menghubungkan pemain industri dan institusi TVET dalam gerak kerja yang bertumpu ini mudah sahaja menjadi suatu model yang menguntungkan mereka serta masa depan belia yang memilih TVET sebagai kerjaya.
Sudah tentu, sebagai Ahli Parlimen di Perak, juga melalui kapasiti sebagai Ahli Eksekutif InvestPerak dan Ahli Majlis TVET Negara serta sebagai produk TVET sejati, saya ada seribu sebab untuk menjadikan hasrat ini realiti kita bersama.
Petang semalam, saya berasa amat bertuah kerana telah mempengerusikan satu mesyuarat dua hala antara dan . . di Tasek, Ipoh, yang turut dihadiri oleh 5 orang jurulatih TVET dan 20 pelatih daripada pelbagai bidang.
Di dalam mesyuarat tersebut juga, saya bersyukur kerana telah menyaksikan satu kesepakatan untuk melaksanakan program perintis “ ( )” yang menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan kerja (- ). Melalui program ini, syarikat Sinopont Everthriving mengambil peranan sebagai perekrut, majikan dan pembekal latihan utama, manakala Shen Jai TVET College bertindak sebagai pihak pentauliahan dan akreditasi.
Pendekatan ini akan mempelbagaikan () laluan latihan dan pentauliahan golongan belia yang memilih TVET. Ia berupaya memperkemas () proses TVET supaya latihan dan pentauliahan dua-duanya dijalankan di bawah upahan majikan. Hasilnya, produktiviti pelatih dan pelaburan majikan meningkat secara mendadak.
Kejayaan ini rentaknya bermula dua minggu yang lepas, apabila saya aturkan supaya Pengurus Besar Sinopont melawat Shen Jai TVET College untuk meneroka peluang kerjasama dalam agenda pemerkasaan TVET serta pembangunan tenaga kerja dalam ekosistem rantaian bekalan bidang Fotovoltan.
Sejak tahun lalu, Kerajaan Negeri Perak melalui InvestPerak dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) telah memulakan usaha menarik pelaburan daripada pemain industri di sepanjang rantaian bekalan industri pembuatan komponen-komponen panel Fotovoltan, yang termasuklah bingkai dan lembaran, kaca Fotovoltan, sel Fotovoltan dan filem enkapsulasi yang merupakan hasil pengeluaran utama syarikat Sinopont Everthriving.
Maka, usaha jitu ini pula telah membuka ruang kepada . . untuk memulakan pelaburan sebanyak RM 100 juta dalam operasi pemprosesan mineral yang menjangkakan hasil pengeluaran tahunan sebanyak 1 juta tan pasir silika putih, 100, 000 tan pasir kuarza ketulenan tinggi dan bahan silikon untuk industri Fotovoltan.
Kejayaan hari ini adalah semata-mata untuk memastikan Malaysia dan Perak menjadi pilihan destinasi utama dalam pelaburan sektor tenaga boleh baharu dan tenaga kerja berkemahiran, demi memperluas asas perindustrian pertumbuhan tinggi, bernilai tinggi dan bergaji tinggi. Inisiatif ini membawa harapan untuk kita anak-anak Perak menikmati kepelbagaian ekonomi yang menyokong asas pembangunan sosial yang lestari.
Howard Lee
Ahli Parlimen Ipoh Timor
Ahli Majlis TVET Negara