Isu ‘DAP kafir harbi’: Jawatankuasa Tertinggi DAP lapor polis

455084416 1052108146280041 7192879523053192228 n

Satu laporan polis telah dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) diketuai Sdri Young Syefura Othman, Sdr Syahredzan Johan dan Sdr Sheikh Omar Ali di IPD Dang Wangi sebentar tadi. Laporan polis ini berkenaan isu yang berlaku di satu ceramah PAS / Perikatan Nasional PRK DUN Nenggiri di mana pengerusi majlis dalam ceramah tersebut iaitu Zamri Zahari dan juga ADUN Rembia, Datuk Mohd Jailani Khamis telah mendakwa parti DAP sebagai ‘kafir harbi’. Ini satu tuduhan yang amat berat dan mengancam bukan sahaja keselamatan ahli-ahli Melayu dalam DAP tetapi juga ketenteraman awam.

Laporan polis tersebut juga menyatakan ucapan-ucapan ini salah dari segi undang-undang di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

454636467 1052108046280051 9054816724666924454 n

Laporan polis ini juga susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh Pemuda HARAPAN Kelantan di IPD Gua Musang. (link)

454740157 1052108106280045 1672723218781553348 n

Memetik kata-kata Sdr Syahredzan Johan kepada media seusai laporan dibuat, “Kami benar-benar berharap bahawa pihak berkuasa akan menjalankan siasatan dan jangan lepaskan mereka yang menyemai benih kebencian ini.”

Katanya lagi, “Kita nak berpolitik, kita boleh berpolitik tetapi berpolitiklah seperti yang selalu PAS kata tapi kita (DAP) sebenarnya jiwai iaitu politik matang dan sejahtera.”

Recommended Posts