Isu Kulim Airport Cuba Dijadikan Bahan Politik PN, Jawapan Anthony Loke Buat Semua Terdiam

jawatan kosong 2023 03 10t103807.368

Dalam pembetangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan cadangan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor.

Secara terperincinya projek ini akan diterajui oleh MAHB dijangka memanfaatkan pertumbuhan ekonomi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding cadangan membina lapangan terbang baharu di Kulim yang dianggarkan 7 bilion ringgit.
Perdana Menteri tidak sebut langsung mengenai pembatalan projek Aerotropolis Kedah yang turut meliputi Kulim Airport.

Namun, sebahagian penyokong Perikatan Nasional (PN) cuba menuding jari kepada kerajaan Perpaduan kononnya menafikan pembangunan di Kedah.

Fitnah dan persepsi ini akhirnya telah dijawab dengan jelas oleh Menteri Pengankutan, Anthony Loke di Dewan Rakyat baru-baru ini. Beliau telah menafikan kerajaan membatalkan projek Aerotropolis Kedah sebaliknya menegaskan permohonan mengenainya tidak pernah dikemukakan kepada kerajaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri memberitahu projek tersebut tidak dibatalkan.

“Tak dibatalkan (sebaliknya) tak ada permohonan … tidak timbul soal kita (kerajaan) batalkan (tetapi projek itu) tak dipohon … Tak ada permohonan (justeru) macam mana nak cakap ia dibatalkan?” katanya.

Katanya lagi, jika kerajaan Kedah mendakwa ada pelabur yang mahu membangunkan Aerotropolis Kedah, sepatutnya adalah wajar untuk negeri terbabit membawa pihak yang berkenaan untuk mengadakan pertemuan. Baginya, kerajaan terbuka mahu berbincang secara membina mengenainya.

Jadi, terbukti bahawa isu Kulim Airport ini hanya dijadikan isu politik bagi sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan, belum ada permohonan lagi serta perjumpaan dengan pihak Menteri Pengangkutan.

Dalam keadaan kewangan negara yang belum pulih, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjimatkan segala kos projek yang ada. Jangan kerana kita terlalu mengejar projek mega, kewangan negara menjadi tikak stabil.

Recommended Posts