Isu tanah kuil perlu ditangani berhati-hati agar tak memecahbelahkan perpaduan masyarakat Malaysia

whatsapp image 2025 03 26 at 12.05.19 pm

Sejak isu tanah Kuil Sri Patharakaliamman Masjid India timbul, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan serta DBKL telah berjanji kuil tersebut tidak akan dirobohkan atau diusir keluar sehingga satu penyelesaian secara konsensus dengan semua pihak yang berkepentingan dicapai dalam perpindahan kuil ini dengan penyediaan satu tapak kuil baru yang sesuai.

Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan telah mengumumkan bahawa sebidang tanah di kawasan Masjid India yang berkeluasan 4000 kaki persegi dan hanya 50 meter dari kuil sedia ada disediakan untuk pembinaan kuil baru tersebut dan yang paling penting Kerajaan juga akan mewartakan tanah tersebut diatas nama kuil tersebut. Bagi saya ini adalah satu penyelesaian yang mengambil kira semua keadaan dan pewartaan atas nama kuil tapak tersebut akan menyelesaikan isu ini dan tidak ada sesiapa pun akan mempertikaikan sampai bila-bila status kuil tersebut. Oleh itu, pewartaan tersebut perlu dilaksanakan dengan segera untuk memastikan kesalahan atau kesilapan yang berlaku sejak 2008 di tanah sekarang yang tidak diwartakan dan dijual tapak sama kepada pihak lain tidak berulang.

Setiap isu sensitif seperti ini perlu ditangani dengan berhati-hati agar ia tidak memecahbelahkan perpaduan masyarakat Malaysia.

Saya juga berharap tidak ada sesiapa pun mempertikaikan keputusan penyediaan tapak baru ini untuk kuil ini selepas ini. Ini adalah penyelesaian win-win situation kepada semua pihak. Ini kerana dalam beberapa jam selepas pengumuman tanah baharu ini ada juga individu mempersoalkan pemberian tanah tersebut. Diharap semua pihak dapat memberhentikan sebarang persoalan dan kita move forward untuk membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Terima kasih juga kepada YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital, Menteri Wilayah, Timbalan-Timbalan Menteri, Datuk Bandar DBKL dan semua pihak yang telah mengambil insiatif dan usaha dalam mencapai persetujuan perpindahan ini bersama Jawatankuasa Kuil.

Recommended Posts