DAP berpendapat bahawa suatu penjelasan secara terbuka perlu dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara berikutan keputusan untuk menghentikan pendakwaan terhadap Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengambil maklum pandangan kritikal pelbagai pihak serta orang ramai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menjelaskan bahawa permohonan pihak pendakwaan untuk menamatkan prosiding adalah budi bicara Peguam Negara.
“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut,” tegasnya dalam kenyataan.
Anthony berkata penjelasan tersebut adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.
“DAP juga akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah,” tambahnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas tanpa melepaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan yang dikemukakan timbalan pendakwa raya setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Seseorang yang dilepaskan tanpa dibebaskan berkemungkinan didakwa semula pada masa hadapan jika pihak pendakwaan menemukan bukti-bukti baharu.
Jabatan Peguam Negara perlu beri penjelasan kes Zahid Hamidi