Jangan Meludah ke Langit, Lantaran akan Terkena Muka Diri Juga

unnamed (1)

Setiap insan adalah tidak akan terkecuali daripada membuat kesilapan, khususnya kesilapan teknikal.

Dalam isu bendera yang silap tidak kiranya dari apa-apa aspek pun, saya yakin itu adalah kesilapan teknikal, dari Sin Chew Daily, KPM sehinggalah PAS Terengganu.

Cuma bila lain buat salah, retorik PAS adalah berbunyi bahawa “ini adalah kesilapan yang tidak dapat dimaafi”, ada juga kedengaran agar dilucutkan kewarganegaraan untuk editor surat khabar, malah ada yang kaitkan dengan DAP & fahaman agama pemimpin politik DAP.

Kini, apabila pihak yang sibuk berlagak hero & mengecam orang lain membuat salah, pihak tersebutlah terpaksalah termakan ayat sendiri, termasuklah ayat-ayat yang pernah dilemparkan terhadap orang lain yang membuat kesilapan yang sama.

Kalau guna logik yang sama, adalah kena tutup PAS Terengganu? Atau dilucutkan kewarganegaraan untuk editor posting tersebut?

Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab, biarlah kami rendahkan suhu politik, fokuskan masa untuk membina negara kita, janakan segala kekuatan untuk masyarakat kita, bukannya sibuk mengecam pihak ini & itu atas kesilapan teknikal.

Jangan menang sorak, kampung tergadai.

Ayuh sama-sama bergerak ke hadapan.

Ketua Angkatan Muda HARAPAN

YB Woo Kah Leong

Recommended Posts