KBS di bawah Hannah Yeoh tekankan penambahan bilangan pakar psikologi sukan

467673071 1121192729371582 8784910938786370282 n

Dianggarkan, sebanyak dua pakar psikologi yang juga jurulatih mental diperlukan bagi setiap 10 atlet. Namun ketika ini, Malaysia hanya mempunyai tujuh pakar psikologi yang menguruskan atlet termasuk untuk program Podium dan Pelapis.⛹🏻‍♀️🤾🏻‍♀️🚵🏻

Ini merupakan satu kekurangan besar, dan merupakan antara dapatan utama sesi post mortem Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) bersama kesemua persatuan sukan yang bakal bertanding pada Sukan Olimpik akan datang.

Bagi mengatasi kekurangan ini, KBS akan berusaha mendapatkan kepakaran tempatan melalui universiti awam seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi membantu dalam memberi cadangan. 💡💡💡

Ini bukti KBS dibawah seliaan Sdri Hannah Yeoh peka dengan kepentingan rohani dan jasmani atlet, terutama sekali untuk menghadapi temasya khususnya sebesar Olimpik dan Paralimpik.

Recommended Posts