KDNK Malaysia diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024

d44be8fb 4515 4060 94aa b32a3bc5c39a

Ini anggaran awal yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini di mana pertumbuhan yang dicatatkan itu adalah yang tertinggi semenjak suku keempat 2022 💪💪

Bagi separuh pertama tahun 2024 pula, KDNK meningkat 5.0 peratus berbanding 4.1 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya 📈📈

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin mengulas peningkatan perbelanjaan penggunaan isi rumah dirangsang oleh musim perayaan dan cuti sekolah serta hasil pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang berlaku pada April 2024.

Beliau juga berkata prestasi ekonomi pada suku tahun ini didorong oleh sektor perkhidmatan, dengan hampir semua sektor utama menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik berbanding suku tahun sebelumnya.

Recommended Posts