Kekalahan PN dalam PRK KKB suatu ‘wake up call’, politik sederhana formula terbaik negara

426453121 833216915484594 7912570081405986460 n

1. Syabas diucapkan kepada Sdri Pang Sock Tao atas kemenangan dengan majoriti selesa dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu.

2. Kemenangan ini menunjukkan bahawa keyakinan rakyat pada Kerajaan Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari masih utuh dan memberi mesej jelas bahawa dasar Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian diterima rakyat.

3. Sokongan rentas kaum yang diperolehi oleh Sdri Pang akhirnya membawa kemenangan buat Kerajaan Perpaduan dan menunjukkan bahawa konfigurasi politik berteraskan perpaduan dan kebersamaan adalah formula terbaik untuk Selangor dan Malaysia.

4. Di sebelah Perikatan Nasional pula, dari awal lagi mereka mengintai peluang kemenangan dengan memainkan isu kaum dan agama. Isu sekolah vernakular, agama dan bangsa calon yang bertanding dan sentimen ‘Melayu hilang kuasa’ telah dimainkan oleh pemimpin PN semasa kempen ini. Malahan, jentera PN tidak menawarkan apa-apa yang menarik buat pengundi KKB dan hanya membawa polemik isu 3R.

5. Kekalahan PN di PRK Kuala Kubu Baharu membuktikan bahawa kempen menggunakan isu 3R gagal menawan hati majoriti pengundi di DUN tersebut.

6. Kekalahan ini seharusnya menjadi ‘wake up call’ kepada PN untuk meninggalkan politik pecah-belah dan toksik yang seringkali diguna mereka. Jelas bahawa politik seperti ini membawa pulangan yang kian berkurangan (diminishing returns) dan tidak mampu untuk menawan negeri seperti Selangor mahupun negara Malaysia.

7. Oleh itu, PN diseru untuk bermuhasabah dan menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara pelbagai kaum dan agama, dan hanya politik kesederhanaan dan perpaduan boleh merangkul sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.

Syahredzan Johan

Ahli Parlimen Bangi

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP

12 Mei 2024

Recommended Posts