Kemudahan kesihatan di Greater Johor Bahru memang perlu dinaikkan tarafnya secepat mungkin

lct4clinic 01 01

Sebagai contoh, Klinik Kesihatan Taman Universiti dibina untuk menampung sehingga 500 orang pesakit sahaja dalam sehari. Kini ia menghadapi kesukaran kerana terpaksa menerima 1,000-1,300 pesakit setiap hari.

Keadaan ini tidak dapat dielakkan berikutan pembangunan pesat di kawasan sekitarnya yang turut membuka peluang kepada rakyat Malaysia dari luar Johor Bahru mencari nafkah di sini.

Agak menyedihkan saya melihat bahagian kecemasan dan trauma klinik ini yang terpaksa mengendalikan berpuluh-puluh kes setiap hari di dalam ruang yang sempit. Bayangkan betapa sukarnya untuk melakukan prosedur bantuan pernafasan dan jantung (CPR) apabila tidak mempunyai cukup ruang.

Apa yang saya mampu lakukan adalah memberi sumbangan RM100,000 untuk meluaskan ruang kecemasan dan trauma yang sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pegawai dan kakitangan perubatan.

Pertumbuhan penduduk Greater Johor Bahru yang semakin meningkat memerlukan lebih banyak sumber serta peruntukan bagi penjagaan kesihatan dan pendidikan.

YB LIEW CHIN TONG
Ahli Parlimen Iskandar Puteri

Recommended Posts