Isu penjualan sandwic KK Mart; kenyataan Dr. Akmal Saleh boleh menimbulkan syak wasangka

473591111 1033247152151037 2888869093626873198 n

Sebagai pimpinan pemuda, jadi tanggungjawab kita bersama menjadi contoh membawa politik baharu ke arah perpaduan dan kebersamaan, bukan sebaliknya.

Saya akui, memang negara sedang hangat dengan beberapa isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu, Islam di negara ini. Belum pun reda pertikaian mengenai video promosi ‘Visit Malaysia 2026’ yang tiada penampakan masjid, kini timbul pula isu penjualan pek sandwic di KK Mart, Universiti Malaya.

Reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh berkenaan isu sandwic ini sebenarnya membimbangkan boleh menimbulkan syak wasangka antara kaum. Kemudian, menjawab kenyataan Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN), Hafiz Ariffin pula, saya yakin DAPSY tidak berniat menyerang sesiapa tetapi sekadar mengingatkan peranan kita sebagai pimpinan pemuda agar lebih berhemat dalam berkata-kata.

Kita masing-masing menggalas tanggungjawab besar sebagai pimpinan pemuda parti masing-masing dan ini termasuklah menjadi contoh dan tauladan baik kepada anak-anak muda dengan membawa politik baharu lagi sihat yang mengajak ke arah perpaduan, bukan perpecahan.

Tidak perlu mengeluarkan kenyataan-kenyataan atau membuat video yang sengaja mengapi-apikan rasa tidak puas hati antara kaum, mewujudkan perasaan tidak senang antara kaum dan agama dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Saling hormat-menghormatilah. Selamat menyambut Hari Ponggal kepada semua yang menyambutnya!🥰

Syaheera Ghafar
Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan

Recommended Posts