KENYATAAN MEDIA DAP BERTARIKH 10 DISEMBER 2024

Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah mengadakan mesyuarat pada malam ini, 10 Disember 2024 di Ibupejabat DAP, Kuala Lumpur dan mengambil beberapa ketetapan seperti berikut;
1. Berikutan pendedahan beberapa video skandal tuduhan rasuah yang melibatkan beberapa pemimpin kanan kerajaan di Sabah, Pengerusi DAP Sabah telah memberikan penerangan secara terperinci berkenaan isu tersebut dalam mesyuarat dan CEC menegaskan pendirian DAP yang tidak berkompromi dengan segala amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan serta menyeru pihak SPRM menyiasat kes tersebut dengan tegas.
2. CEC telah memberikan mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan DAP dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan mengambil tindakan yang selanjutnya.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
10 DISEMBER 2024

Recommended Posts