KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG DAP

1) Saya mengambil maklum pengumuman oleh Sdr Chow Kon Yeow bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan beliau sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang dengan menarik diri dari pemilihan parti dalam Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang pada 22 September akan datang.

2) Saya menghormati keputusan dan pendirian beliau demi pembaharuan dalam kepimpinan DAP Pulau Pinang setelah beliau menerajui jawatankuasa negeri DAP Pulau Pinang selama 25 tahun. Sebelum pengumuman hari ini, beliau telah berbincang dengan saya berkenaan hasratnya.

3) Perlu ditegaskan bahawa keputusan beliau pada hari ini tidak memberi kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana beliau akan terus memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga akhir penggal ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Negeri yang menghadkan jawatan Ketua Menteri selama dua penggal maksima.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP

4 SEPTEMBER 2024

Recommended Posts