KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGUNG DAP

458322644 1068585474632308 7254968512751809407 n

1) Saya mengambil maklum kenyataan Ketua Polis Negara bahawa Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan susulan beberapa laporan polis yang dibuat terhadap kenyataan beliau mengenai isu pensijilan Halal baru-baru ini.

2) Biro Guaman DAP akan menemani dan memberi nasihat undang-undang kepada YB Teresa Kok dalam proses tersebut dan akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis.

3) Pucuk pimpinan DAP yakin bahawa YB Teresa Kok tidak melanggari undang-undang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dengan menyampaikan pandangan terdapat sesuatu dasar kerajaan.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
8 SEPTEMBER 2024

Recommended Posts