Kenyataan Media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengenai pilihan raya kecil Mahkota

1) DAP merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Barisan Nasional, YAB Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz d atas kemenangan besar calon BN, Saudara Syed Hussein dalan Pilihanraya Kecil DUN Mahkota dengan majoriti yang cukup menyakinkan sebanyak 20,648 undi!

2) Kemenangan ini membuktikan formula kerjasama di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di bawah kerangka Kerajaan Perpaduan mampu menyatukan sokongan dan kekuatan masing-masing demi mencapai kejayaan dalam medan pilihanraya khususnya di kawasan campuran seperti Mahkota.

3) Meskipun dengan kemenangan besar ini dan sokongan yang kuat daripada semua kaum terhadap calon Perpaduan, DAP mengambil perhatian yang serius dengan peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.

4) Pucuk pimpinan DAP akan terus berusaha untuk memberi penerangan yang jelas di peringkat akar umbi untuk menyakinkan penyokong kami berkenaan agenda dan hala tuju Kerajaan Perpaduan. Namun, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu berusaha menjaga keharmonian dalaman dan mengeratkan talian kerjasama demi mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

5) Kemenangan dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil dalam beberapa bulan yang lalu juga mampu memberi mesej yang positif dan keyakinan kepada pelabur asing bahawa kestabilan politik pada masa kini dan keutuhan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu diteruskan untuk tempoh yang panjang.

LOKE SIEW FOOK
SETIAUSAHA AGUNG DAP
28 SEPTEMBER 2024

Recommended Posts