Kerajaan Madani komited tambah baik perlindungan pekerja di Malaysia

448324990 1016264996531023 5098844880076287373 n

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong telah mewakili Malaysia untuk meratifikasikan Konvensyen 155 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1981 sempena Persidangan Buruh Antarabangsa ke-112 di Geneva, Switzerland.

Instrumen ratifikasi dimeterai bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), TYT Gilbert F. Houngbo.

Langkah ini bertujuan untuk memastikan amalan dan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia adalah mengikut piawaian antarabangsa. Usaha ini merupakan pelengkap kepada penguatkuasaan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

448359663 1016265009864355 3562725698816515727 n

“Majikan perlu lebih bertanggungjawab dalam melindungi pekerja, menambah baik persekitaran pekerjaan serta menawarkan latihan-latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lebih baik. Kami mahu pekerja pergi dan pulang dari tempat kerja ke pangkuan keluarga dengan selamat,” jelas Steven.

Recommended Posts