Kerajaan memperkasa sektor pertanian, kukuhkan ekonomi dan menjamin kelestarian bekalan makanan tanah air

457405306 1064090498415139 6529170282160033504 n

Kerajaan Persekutuan kukuh dalam komitmen terhadap pemerkasaan sektor pertanian negara secara digital melalui pelancaran inisiatif Malaysia Digital AgTech3 oleh Kementerian Digital. Melalui inisiatif ini, Kementerian Digital akan bekerjasama dengan pemegang taruh dan rakan ekosistem untuk memastikan sektor pertanian tanah air menjadi lebih cekap dan mampu memberi sumbangan yang lebih besar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 📈📈📈

Jelas Menteri Digital Gobind Singh Deo, Malaysia AgTech3 diuruskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang menyepadukan teknologi digital seperti Internet Pelbagai Benda (IoT), analisis data raya (BDA), kecerdasan buatan (AI), dan teknologi dron. “Revolusi teknologi sebegini bukan sahaja akan memelihara alam sekitar kita tetapi juga menjamin bekalan makanan kita, mengukuhkan ekonomi kita, dan mengangkat Malaysia sebagai peneraju dalam pertanian lestari di seluruh Asia Tenggara.

Recommended Posts