
Pemberian baucar buku Kita Selangor yang bernilai RM200 akan mula diagihkan kepada mahasiswa Selangor bermula minggu hadapan.
Pemberian baucar buku ini merupakan perkara terakhir daripada lima tawaran yang dijanjikan dalam manifesto Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah pun melaksanakan empat perkara iaitu:
Insentif Mama Kerja berjumlah RM1,000 kepada wanita
Pengecualian cukai pintu
Kenaikan elaun imam, bilal dan siak
Insentif pertanian sebanyak RM1,000.
Dalam PRN yang lalu, gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) Selangor memberi jaminan melaksanakan lima perkara yang dijanjikan dalam manifesto Tawaran Kita Selangor dalam tempoh 100 hari jika diberikan mandat dalam PRN Selangor pada 12 Ogos.