Kerusi DUN Mahkota

1. Saya telah ditanya oleh rakan media mengenai kenyataan oleh Amanah Kluang berhubung dengan kerusi DUN Mahkota.

2. DAP Johor berpegang kepada amalan lazim Pakatan Harapan bahawa penentuan serta pelantikan calon dan pembahagian kerusi ditentukan oleh pucuk pimpinan parti-parti komponen secara musyawarah tanpa perlu dibincangkan dalam media massa. Biarlah kepimpinan membuat keputusan tanpa sebarang spekulasi serta tanpa mana-mana pihak membuat tuntutan terbuka di media massa.

3. Rundingan kerusi akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, dan DAP Johor akan menghormati keputusan yang bakal dibuat.

4. Kami juga berpegang kepada prinsip “incumbency” di mana kerusi yang dimenangi pada PRU dan PRN sebelum ini akan ditandingi parti penyandang dalam PRK akan datang, sama seperti ketika pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram, dan juga dalam PRK-PRK yang lain.

Sekian, terima kasih.

Liew Chin Tong

Recommended Posts