Ketua DAPSY Pahang Baharu Ho Chi Yang Terus Berjuang Mempertahankan Kepelbagaian Budaya dan Bahasa

unnamed

ADUN Tanah Rata Ho Chi Yang telah dipilih sebulat suara sebagai Ketua DAPSY Pahang bagi tahun 2024 hingga 2027 menerusi Konvensyen Biasa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Negeri Pahang yang diadakan pada 6 Oktober di Bentong, Pahang.

Dalam ucapan dasar Ketua DAPSY Pahang, Ho berkata bahawa DAPSY Pahang akan terus komited untuk bersama rakyat dan memperjuangkan isu-isu yang penting kepada orang muda dan rakyat Pahang secara amnya, berlandaskan nilai-nilai teras yang sentiasa dipegang teguh oleh parti DAP seperti demokrasi, keadilan, kesaksamaan, hak asasi manusia, serta kepelbagaian budaya dan bahasa.

Menurut Ho, kepelbagaian budaya, bahasa, dan kaum merupakan aset penting yang menyumbang kepada kekuatan negara Malaysia sehingga disanjung oleh negara-negara luar sebagai teladan dalam pembentukan negara masyarakat majmuk.

Ho turut berkata bahawa DAPSY perlu lantang bersuara dan berani mengemukakan hujah berdasarkan fakta untuk membalas dan memperbetulkan hujah songsang daripada pihak pembangkang iaitu Perikatan Nasional dan individu tertentu demi memastikan kemakmuran negara dan perpaduan rakyat tidak diancam.

“Apabila berdepan dengan pelbagai cabaran, DAPSY Pahang perlu kekal berdiri teguh bersama orang muda dan rakyat Pahang berlandaskan prinsip-prinsip utama yang DAP memperjuangkan selama ini, terutamanya kepelbagaian dan bahasa, demi memastikan agenda perkauman yang sempit dan ektremis tidak akan menjadi naratif arus perdana yang menggadaikan kesejahteraan rakyat, perpaduan kaum, dan pembangunan negara.”

Turut hadir untuk merasmikan Konvensyen Biasa DAPSY Pahang adalah Tengku Zulpri Shah (Timbalan Setiausaha Agung DAP Kebangsaan dan ADUN Tras), Woo Chee Wan (Naib pengerusi DAP Pahang dan ADUN Mentakab), Lim Yi Wei (Setiausaha Antarabangsa DAPSY Kebangsaan dan ADUN Kampung Tunku), dan Edmund Lim Shu Chzen (AJK DAPSY Kebangsaan).

c4e512a1 ae85 4275 a0cb 619efb9bd144

Recommended Posts