Setiausaha DAPSY Negeri Perak YB Steven Tiw berkata sekiranya ada apa-apa kegusaran berkenaan hal ehwal Kampung Baru Cina, sebaik-baiknya mengadakan perbincangan secara lebih mendalam secara bersemuka dan bukan merumitkan isu tersebut dengan menunjukkan keangkuhan melalui sosial media.
YB Steven Tiw juga selaku ADUN Tronoh yakin bahawa Menteri KPKT YB Nga Kor Ming bersiap sedia untuk mengadakan perjumpaan mesra sekiranya YB Akmal Salleh ingin mendapatkan lanjutan info berkenaan cadangan sesebuah Kampung Baru Cina sebagai tapak UNESCO.
YB Steven Tiw berkata sememangnya Kampung Baru Cina mempunyai ciri-ciri yang bersejarah dalam negara yang tercinta kita, Malaysia. Sekiranya sesebuah kampung baru cina mendapat pengiktirafan UNESCO, maka ia mempunyai lebih banyak dana daripada UNESCO untuk membangunkan tapak tersebut sebagai salah satu produk pelancongan.
YB Steven Tiw yakin bahawa pengiktirafan kampung baru Cina sebagai tapak UNESCO tidak akan menggadaikan apa-apa hak rakyat Malaysia.
YB Steven Tiw turut mengajak YB Akmal Saleh memainkan peranan dengan mempromosikan perpaduan rakyat Malaysia yang bersatu padu tanpa permainan sentimen kaum, agama dan bangsa. Kerugian besar kepada tanah air kita, Malaysia sekiranya pimpinan politik terus merosakkan perpaduan antara rakyat.
YB Steven yakin Malaysia akan menjadi lebih maju dan berdaya saing di persada dunia sekiranya perpaduan rakyat menjadi pegangan utama kepada semua pimpinan negara.