GEORGE TOWN 14 SEPTEMBER: Sekali lagi, Ibupejabat DAP Pulau Pinang, Wisma DAP Jalan Rangoon disimbah cat merah dalam insiden awal pagi ini sekitar jam 1.15 pagi.
Perbuatan khianat tersebut merupakan insiden kali ketiga selepas kejadian yang sama berlaku 14 Ogos yang lalu ketika beroperasi di Jalan Talipon.
Turut dilaporkan disimbah dengan cat merah pada masa yang sama ialah Pusat Khidmat ADUN Air Putih yang berada dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pusat Khidmat ADUN Datok Keramat dan Pusat Khidmat Pulau Tikus juga dilaporkan mengalami insiden yang sama.
Perbuatan khianat ini memperlihatkan pihak lawan semakin terdesak sehingga terpaksa menggunakan cara yang tidak demokratik dalam tindakan mereka.
Satu sidang media akan diadakan sekitar jam 10.45 ini oleh DAP negeri. Berita seterusnya akan menyusul.-roketkini.com