Satu lagi Klinik Asas Bola Sepak telah berjaya dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor di Kompleks Sukan Kampung Melayu, Kluang baru-baru ini. Menteri Belia dan Sukan, Sdri Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi juga turut serta bagi meraikan majlis⚽️🏃🏻♂️
Seramai 198 kanak-kanak telah ambil bahagian dalam program ini. Bilangan yang amat menggalakkan lagi-lagi dengan musim cuti sekolah ini.
Untuk makluman, klinik ini telah diadakan di beberapa lokasi di serata Malaysia bagi memupuk semangat kesukanan dan minat bola sepak dalam kalangan belia. Setiap kanak-kanak yang turut serta juga membawa pulang sebiji bola dengan harapan ia dapat meneruskan lagi minat mereka untuk sukan ini.
Dalam ucapan beliau di Facebook, Sdri Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira melihat ramai ibu bapa juga meluangkan masa cuti untuk memberi sokongan kepada anak-anak yang mempunyai minat terhadap bola sepak 👏🏻⭐️
Diharapkan inisiatif MSN dan JBS Johor ini dapat memberi kesan positif kepada generasi akan datang👏🏻