
Hari ini, Setiausaha Kebangsaan Kebangsaan DAP, Sdr Steven Sim telah mengumumkan maklumat terperinci berkenaan Kongres Kebangsaan Parti ke-18. Kongres bakal berlangsung pada hari Ahad, 16 Mac 2025 bertempat di Ideal Convention Centre, Shah Alam dan akan bermula dengan pendaftaran para perwakilan pada pukul 7:30 pagi.
Sidang media tersebut juga dihadiri oleh Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Sdr Khoo Poay Tiong dan Anggota Biro Organisasi Kebangsaan, Sdr Thomas Su dan Sdr Shakir Ameer.
Seramai 1650 cawangan yang layak hadir dengan jumlah 4203 perwakilan.
Pemilihan yang bakal berlangsung juga bakal menyaksikan 70 calon, 15 daripadanya terdiri daripada golongan wanita. Sdr Steven mengesyorkan bahawa parti juga akan melantik sebuah firma audit antarabangsa bagi menyelia dan memantau proses pemilihan. Usaha ini bagi memastikan proses demokrasi berlangsung dengan adil dan telus.
Sementara itu, beliau sempat mengesahkan kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Kongres tersebut.