Konvensyen Biasa DAP Kedah 2024 – gabungan ahli jawatankuasa baru dan lama dipilih

458971724 1070224994468356 2674765516953316870 n

DAP Negeri Kedah telah menganjurkan Konvensyen Biasa DAP Kedah yang berlangsung pada Jumaat, 6 September 2024 bertempat di Alor Setar.

Pada pemilihan tersebut, Sdr Tan Kok Yew kekal buat kali ke-6 menerajui DAP Kedah bagi penggal 2024–2026 , manakala Sdr Teh Swee Leong yang merupakan satu-satunya ADUN DAP di negeri itu dilantik sebagai Setiausaha negeri buat kali ketiga.

Seramai 34 ahli parti bertanding untuk menjawat 15 jawatan dalam jawatankuasa negeri pada pemilihan kali ini. Keputusan undian menunjukkan gabungan ahli lama dan baharu dipilih, dengan lapan daripadanya pertama kali menjadi ahli jawatankuasa peringkat negeri.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Penolong Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Sdr Khoo Poay Tiong, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, Sdr Wong Kah Woh, Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan barisan kepimpinan serta perwakilan daripada setiap cawangan.

Jawatankuasa Negeri DAP Kedah 2024-2026
Pengerusi Negeri: Tan Kok Yew
Timbalan Pengerusi Negeri: Mad Gani Bin Ismail
Naib Pengerusi Negeri: Ooi Eng Thong, Ooi Beng Chye
Setiausaha Negeri: Teh Swee Leong
Penolong Setiausaha Negeri: Ong Khar Hong
Bendahari Negeri: Tan Sheau Fen
Penolong Bendahari Negeri: Kee Chong Giap
Setiausaha Organisasi Negeri: Loke Chin Giap
Penolong Setiausaha Organisasi Negeri: Lim Yoke Pheng, Ch’ng Cheng Ewe
Setiausaha Publisiti Negeri: Muhammad Andzarwir Bin Zakaria
Penolong Setiausaha Publisiti Negeri: Chuah Jia Hui
Pengarah Pendidikan Politik Negeri: Leong Wei Chiat

458980685 1070224974468358 353225272193650028 n

Recommended Posts