Konvensyen Biasa DAP Negeri Terengganu 2024 berlangsung dengan jayanya

460723313 1077636243727231 3178570565187363120 n

Konvensyen Biasa DAP Negeri Terengganu telah berlangsung hari ini dan menyaksikan kesemua 15 calon pimpinan DAP Terengganu menang tanpa bertanding. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Sdr Ng Sze Han selaku Penolong Bendahari DAP Kebangsaan.

Dalam ucapannya, Sdr Sze Han sempat menyuarakan pandangan mengenai situasi ekonomi negara yang bertambah baik selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Beliau juga optimis bahawa DAP akan terus menjadi pilihan selagi wakil rakyatnya ikhlas dalam memperjuangkan nasib serta sudi mendengar suara hati rakyat.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Sdr J. Arul Kumar, Setiausaha Organisasi DAP Negeri Sembilan dan barisan kepimpinan serta perwakilan daripada setiap cawangan.

Jawatankuasa DAP Terengganu 2024-2027
Pengerusi : Cheong Siow Foon
Timbalan Pengerusi : Ng Chai Hing
Naib Pengerusi : Tan Poh Kok, Mohd Nasir
Setiausaha : Ong Vei Leng
Penolong Setiausaha: Wong Hoe Yen
Bendahari: Dr Lee Lai Hsiang
Penolong Bendahari : Koay Cheah Fung
Setiausaha Organisasi: Lock Sin Ho
Penolong Setiausaha Organisasi: Tan Teck Lee, Chai Seng
Setiausaha Publisiti: Lee Chee Yean
Penolong Setiausaha Publisiti: Foo Kai Tat
Pengarah Pendidikan Politik : Wong Kah Seng
AJK : Yeo Kim Team

Recommended Posts