Konvensyen Biasa DAP Selangor berjaya dilangsungkan semalam di IDCC Shah Alam. Dalam ucaptama beliau sebelum merasmikan upacara tersebut, Setiausaha Agung DAP, Sdr Anthony Loke mengatakan yang kemenangan di Selangor bergantung kepada kesatuan dan kesepakatan antara kesemua parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Kenyataan itu diucap dihadapan para rakan pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Selangor yang hadir iaitu Menteri Besar Negeri Selangor, Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Pengerusi Amanah Selangor merangkap ADN Pandan Indah, YB Ir Izham Hashim, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Wira Johan Abd Aziz dan ramai lagi.
Sdr Loke juga mengucapkan tahniah kepada para perwakilan yang hadir yang mencecah 72% dari jumlah perwakilan yang berdaftar. Beliau juga mengingatkan kembali pencapaian DAP Selangor tahun ini iaitu dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang menyaksikan kemenangan Saudari Pang Sock Tao.
”
Ramai yang bimbang kita mungkin tewas, tapi atas usaha seluruh pimpinan parti, sokongan padu dari Menteri Besar Selangor serta pemimpin-pemimpin UMNO Selangor, kita mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 3869 undi
”
Beliau menyeru supaya semua parti komponen kekalkan momentum di Selangor dan membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan ekonomi. Dalam masa dua minggu lagi, kita akan mencapai ulang tahun pentadbiran Kerajaan Madani yang ke-2 sekaligus menjadi pentadbiran yang paling lama sejak 2018. Pencapaian ini juga menjadi bukti bahawa kestabilan dan keharmonian antara kesemua parti komponen amat penting demi kelangsungan pentadbiran di bawah YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dan keadaan ini tidak boleh disia-siakan – kita harus menggembleng tenaga dan bekerja dari sekarang demi kesiapsiagaan menjelang pilihan raya umum nanti. Termasuk memastikan kesejahteraan rakyat terjaga sehingga mereka rasa hidup mereka lebih baik dari sebelum ini.
Dalam masa dua tiga tahun akan datang, hala tuju negara harus berada dalam landasan yang betul