Malaysia Pimpin Dialog ASEAN: KPKT Anjur 3 Forum Antarabangsa Cari Penyelesaian Isu Bandar

whatsapp image 2025 07 11 at 3.23.37 pm
Jika ada satu perkara yang patut kita banggakan saat ini, ialah betapa Kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti bekerja. Ketika dunia bergelut mencari arah dalam isu pembangunan bandar yang lestari, Malaysia tampil bukan sekadar sebagai peserta pasif, tetapi sebagai penganjur dan pemimpin dialog serantau.
Terbaharu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Menteri Nga Kor Ming akan menganjurkan tiga forum antarabangsa besar dari 10 hingga 15 Ogos akan datang. Ini bukan acara biasa. Ini ialah medan mencari penyelesaian sebenar bagi cabaran pembandaran yang semakin mencengkam, daripada banjir kilat hingga kos sara hidup yang semakin meningkat di mana-mana bandar besar, di seluruh dunia.
Forum yang bakal berlangsung merangkumi Forum Urbanisasi Lestari ASEAN, Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN, serta Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Kota ASEAN. Ketiga-tiganya menjadi bukti bahawa Malaysia kini bukan sekadar bercakap, tetapi bertindak. Tambahan pula, dengan Nga Kor Ming dilantik sebagai Presiden baharu Perhimpunan UN-Habitat, langkah ini memberi isyarat jelas bahawa dunia memberi perhatian terhadap komitmen Malaysia dalam isu perbandaran global.
Realitinya, 78% rakyat Malaysia kini tinggal di kawasan bandar. Menjelang 2040, angka itu dijangka mencecah 85%. Maka benar seperti yang disebut oleh Nga Kor Ming, urban agenda bukan lagi isu bandar semata, tetapi telah menjadi agenda global. Dan Malaysia kini menjadi medan penting untuk dialog dan tindakan.
Empat tunggak yang diketengahkan dalam forum ini juga sangat strategik, bandar tahan iklim, bandar inklusif dan sihat, transformasi digital, serta kerjasama untuk kelestarian. Ini bukan sekadar slogan. Ia berpijak pada bumi nyata dengan pelan tindakan yang berasaskan data, kes sebenar dan strategi dasar.
Apa yang menarik, pendekatan KPKT tidak terhenti pada wacana sahaja. Mereka mahu meneroka penyelesaian praktikal seperti pembinaan rumah mampu milik yang dekat dengan sistem pengangkutan awam, penggunaan teknologi untuk mengesan dan mengurus banjir, serta mobiliti yang lebih mesra OKU dan warga emas. Ini bukan retorik. Ini reformasi dasar.
Bagi sebuah kerajaan yang sering dihentam kononnya hanya bermain politik, realitinya jauh berbeza. Kerajaan Madani membuktikan bahawa ketika pihak lain sibuk berpolitik murahan, mereka memilih untuk bekerja secara senyap, konsisten dan memberi impak nyata.

Recommended Posts