Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga hari ini telah berjaya membaik pulih 4,814 buah rumah dan membina baharu sebanyak 245 unit rumah sejak dua tahun yang lalu. Menurut Menteri KPKT, Nga Kor Ming, ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan miskin dan miskin tegar 👏👏👏
KPKT juga sedang mengambil langkah proaktif untuk memperkasa komuniti desa melalui Sistem Ciri-Ciri Spatial Desa Malaysia (S-CHARMS) yang mampu meningkatkan aktiviti perancangan dan pembangunan desa melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan kampung!