Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencatatkan pencapaian memberangsangkan bagi separuh tahun ini apabila berjaya mencapai 85 peratus pelaksanaan 10 daripada 12 inisiatif yang digariskan setakat Jun lalu.👏🏻👏🏻
Pencapaian itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM739.7 juta daripada keseluruhan Belanjawan 2024 dan berjaya dilaksanakan dalam tempoh hanya enam bulan.🥳
Lebih membanggakan, beberapa inisiatif berjaya dilaksanakan melebihi 100 peratus daripada sasaran antaranya menaik taraf dan membaik pulih sistem perparitan dan longkang yang mencapai 183 peratus pelaksanaan.🙌🏻