KPKT berjaya laksana 6,611 projek dengan peruntukan hampir RM1 bilion sepanjang tahun 2024

6ace1fb6 1322 4f8c b0f0 61757d6a16d9

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya melaksanakan 6,611 projek pembangunan dan infrastruktur untuk rakyat membabitkan perbelanjaan hampir RM1 bilion pada tahun 2024.

Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tahun 2023 yang merekodkan 5,196 projek dengan peruntukan RM700 juta.

Menurutnya, projek yang dilaksanakan sepanjang tahun 2024 meliputi 20 projek berskala besar, projek berskala kecil (3,697) projek pembangunan gerai dan kiosk (357) dan satu projek pendigitalan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Manakala 362 projek lagi telah dilaksanakan di bawah Inisiatif Belanjawan 2024 meliputi peningkatan tahap kesihatan gerai, warung kecil sebanyak 87 projek, sistem perparitan dan longkang 93 projek dan penyelenggaraan kolam takungan banjir sebanyak 182 projek.

“KPKT turut menaik taraf infrastruktur awam dan bina baharu di kawasan Kampung Baru Cina termasuk kampung baru cina melibatkan 2,168 projek dan geran pembangunan sosioekonomi sebanyak enam projek.

“Secara keseluruhan, projek bagi kerajaan tempatan adalah yang paling banyak dilaksanakan sepanjang tahun 2024 dengan peruntukan RM993.73 juta atau hampir RM1 bilion,” katanya.

Recommended Posts