KPKT komited dalam meningkatkan taraf kehidupan semua warga Malaysia

nkm

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada minggu lepas mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta untuk kegunaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak. 

Penambahan RM2 juta ini adalah di atas peruntukan sedia ada sebanyak RM68 juta yang telah diumumkan Menteri KPKT Nga Kor Ming pada awal September 2023 menerusi Peruntukan Pembangunan BP1.

Peruntukan tersebut menjadi peruntukan terbesar dalam sejarah negeri itu dan ia bertujuan untuk membantu menjayakan projek pembinaan kemudahan baru, menaik taraf, dan menyelenggara infrastruktur awam sedia ada. 

Daripada jumlah peruntukan tambahan yang diumumkan itu, RM1 juta akan digunakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan yang dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

nkmskperak

Pada bulan yang sama, KPKT juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM6.03 juta menerusi Program Sentuhan Kasih KPKT di Pahang. 

RM4.74 juta daripada jumlah itu pergi ke pelaksanaan projek berkaitan peningkatan kualiti kehidupan penduduk Bentong termasuk mengatasi masalah banjir sewaktu Fasa Peralihan Monsun yang dijangka akan tamat pada bulan November.

Daripada jumlah peruntukan tersebut, RM1 juta diberikan untuk kerja-kerja membaik pulih Pasar Besar Bentong. 

RM500,000 akan digunakan untuk menaik taraf Medan Selera Kampung Baru dan Pasar Awam Chemomoi. Kerja naik taraf ini merangkumi membaiki siling, menaik taraf longkang, menurap jalan, dan memasang perangkap sampah supaya sisa tidak mengalir ke sungai. 

nkmskpahang
Menteri KPKT Nga Kor Ming (tengah)

Tambahan itu, sebanyak RM400,000 telah diberikan bagi kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih longkang di sekitar Taman Saga yang mempunyai kira-kira 4,000 penduduk. 

Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura telah menzahirkan rasa kesyukuran beliau atas bantuan yang telah diberikan oleh KPKT untuk menjamin kualiti kehidupan penduduk di sekitar Bentong.

Melalui ciapan beliau di X (terdahulunya Twitter), Young Syefura berkata “Alhamdulillah, berita baik untuk warga Bentong. Terima kasih YBM @NgaKorMing 🫶. Part 1: Program Sentuhan Kasih KPKT. 

RM500 ribu untuk Medan Selera Kg Baru, Bentong. 

RM400 ribu untuk penyelenggaraan longkang di Taman Saga. 

RM1 juta untuk Pasar Bentong.”

rara x
Ciapan Ahli Parlimen Bentong Young Syefura di X

Sehingga kini, Program Sentuhan Kasih KPKT telah berjaya memperuntukkan RM700 juta dalam inisiatif untuk mempertingkatkan usaha kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan kerja yang efektif di negeri-negeri yang terlibat. Program ini dijangka merangkumi setiap negeri pada masa yang terdekat.

Ini merupakan salah satu usaha mampan yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan dalam komitmen untuk meningkat dan menjamin taraf kehidupan dan masa hadapan warga Malaysia.

Selain Perak dan Pahang, negeri Selangor dan Pulau Pinang juga telah menerima manfaat daripada peruntukan program ini.

Di Selangor, Sebanyak RM8.24 juta telah diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam.

Peruntukan tersebut disalurkan untuk membantu dalam enam buah projek di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya. 

Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga menerima peruntukan sejumlah RM1.45 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Dewan Komuniti MBPJ dan Gerai Selera Impian termasuk projek penggantian lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

nkmskselangor

“Jelajah Sentuhan Kasih tahun ini kita kembali kepada asas, bermaksud kita beri fokus kepada projek-projek berimpak tinggi yang dekat di hati rakyat.

Kita mahu jalan yang rata, longkang yang bersih, lampu yang terang, tandas bertaraf BMW (Bersih, Menawan, Wangi). Ini adalah antara fokus utama KPKT dalam tahun pertama Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani.” ulas Nga Kor Ming.

Di Pulau Pinang pula, sebanyak RM211.4 juta telah disalurkan pada bulan Jun 2023 bagi kerja-kerja pembinaan PPR, projek penyelenggaraan dan naik taraf projek di bawah Majlis Bandaraya. 

Daripada jumlah itu, RM200 juta akan diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi melaksanakan pembinaan PPR.

“Kerajaan Malaysia MADANI akan bersikap adil, arif, dan saksama kepada semua kerana kita sayang semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Pada masa yang sama, saya akan pastikan semua peruntukan yang diumumkan akan dilaksanakan secara berkesan.” jelas Ahli Parlimen Teluk Intan itu.. 

Di Kedah, sebanyak RM36.34 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan 95 buah projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Kedah kepada 11 PBT di Kedah. Tambahan pula, sejumlah RM4.2 juta telah diperuntukkan untuk membantu 13 buah projek yang akan berjalan di sekitar kawasan Majlis Bandaraya Alor Setar.

Melihat ke Kelantan pula, sebanyak 9 projek dengan peruntukan bernilai RM3.55 telahpun diluluskan setakat Mac 2023. KPKT juga telah diberi Bajet Mengurus kepada 12 PBT di Kelantan. Ini termasuk Geran Tahunan berjumlah RM22 juta untuk mentadbir urus PBT. Ini termasuk peruntukan yang telah diumumkan sewaktu Belanjawan Malaysia Madani pada awal tahun ini. 

nkmskkelantan

Ini menunjukkan bahawa negeri-negeri pembangkang seperti Kedah and Kelantan tidak pernah dipinggirkan. “Di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semua negeri dilayan secara adil, tiada yang terpinggir atau dianaktiri.” kata Nga Kor Ming.

Recommended Posts