KPKT Komited Pastikan Akta PSB Tidak Pinggirkan Golongan B40 dan M40

480475289 628158460151441 432694352935523323 n

Menteri KPKT Nga Kor Ming menegaskan bahawa kenyataan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, mengenai Akta Pembangunan Semula Bandar (PSB) adalah tidak tepat.

Akta PSB digubal dengan mengambil kira 10 prinsip utama yang memastikan ketelusan, hak pemilik hartanah, serta kepentingan golongan B40 dan M40. Kriteria pemilihan kawasan untuk PSB berdasarkan keadaan fizikal dan sosial hartanah seperti bangunan usang, terbengkalai, atau tidak selamat, tanpa mengira kaum atau tahap pendapatan. Selain itu, pelaksanaan PSB bergantung kepada persetujuan pemilik hartanah melalui perundingan menyeluruh, bukan secara paksaan atau gentrifikasi.

YBKM juga menjelaskan bahawa ambang persetujuan 75 hingga 80 peratus diperlukan sebelum projek PSB boleh dimulakan, dan jika tidak dipenuhi, projek tidak akan diteruskan.

Kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk memastikan manfaat kepada pemilik hartanah asal, termasuk pemilikan hartanah baharu dengan nilai lebih tinggi serta persekitaran yang lebih baik. Melalui pendekatan ini, PSB bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk bandar tanpa sebarang unsur rampasan atau pengusiran, sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkasa pembangunan bandar yang inklusif.

Recommended Posts