KPKT meraikan kepelbagaian, Pemuda PAS jumud

471492506 1125963325563860 6060492030569638491 n

1. Pada 26 Disember 2024, Naib Ketua Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin, mempertikaikan sambutan Krismas di pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya yang menurutnya melibatkan kakitangan beragama Islam.

2. Saya membidas kenyataan pemimpin pemuda PAS yang tidak bertanggungjawab itu malah berunsur fitnah dengan tujuan mencabar asas kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama di negara kita.

3. 

Perkara 3 (1) menyatakan Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan, namun penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka.

4. Perkara 11 (1) pula berhubung kebebasan beragama iaitu tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

5. Adalah agak malang PAS sebagai sebuah parti yang mendakwa menghormati kepelbagaian agama termasuk mewujudkan Dewan Himpunan Pendukung PAS, tetapi pada masa sama bersifat jumud.

6. 

Sambutan Krismas di tempat awam berlaku sejak puluhan tahun lalu dan setiap bulan Disember iaitu jatuhnya Krismas akan kedengaran Christmas Carolling di merata tempat awam malah pusat beli-belah akan memutarkan lagu Krismas.

7. Adakah rakyat negara ini yang berlatarbelakang berlainan agama perlu menutup telinga setiap kali lagu Krismas atau Chrismas Carolling berkumandang di tempat awam?Adakah sebarang bentuk lagu atau persembahan Krismas dilarang sama sekali di tempat awam?

8. Oleh itu, berdasarkan kenyataan naib ketua Pemuda itu, parti tersebut mempunyai agenda tersembunyi untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti beragama bukan Islam di tempat awam sekiranya diberi kuasa untuk memerintah negara. Parti tersebut langsung tidak menghormati sensitiviti masyarakat berlainan agama kerana acara sambutan Krismas pun parti itu menjaja seluruh negara untuk memecahbelahkan keharmonian beragama dan perpaduan negara.


9. Jelas sekali, PAS sebuah parti yang berbohong, tidak menghormati kepelbagaian beragama dan sering sekali membuat dakwaan fitnah kepada mereka yang berlainan agama dan tidak sehaluan dengan parti tersebut. Saya sebagai anak Malaysia mengajak rakan-rakan semua menolak PAS demi mempertahankan kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama di negara kita.

PANG SOCK TAO
ADUN KUALA KUBU BAHARU
PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI DAPSY KEBANGSAAN 


Recommended Posts