KPKT salurkan RM60.1 Juta Kepada Sarawak

399621155 894394825384708 4047567349255612397 n

Menerusi Inisiatif Sentuhan Kasih, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telahpun memperuntukkan sebanyak RM60.1 juta kepada negeri Sarawak untuk tujuan pembangunan and penaiktarafan. Menurut Menteri KPKT Nga Kor Ming, peruntukan ini meliputi 360 projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam untuk menambahbaik keselesaan, keselamatan, dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Sejumlah RM60.1 juta itu peruntukan terbesar yang diberikan oleh KPKT kepada Sarawak. Ia mencerminkan keutuhan dan keakraban hubungan Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Perpaduan sekali gus dapat bersama-sama membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik.” kata Nga Kor Ming sewaktu sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya.

Ahli Parlimen Teluk Intan tersebut juga menyatakan bahawa KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan akan terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Recommended Posts