KPKT tidak pernah pernah keluarkan lesen berniaga kepada pendatang tanpa izin – Nga Kor Ming

whatsapp image 2024 01 05 at 5.00.12 pm

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa Kerajaan Madani sentiasa konsisten untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan dan tindakan undang-undang sentiasa diambil terhadap warga asing yang melanggar peraturan.

 

Malah jelasnya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak pernah mengeluarkan lesen kepada pendatang tanpa izin untuk menjalankan sebarang perniagaan seperti membuka gerai atau kedai.

 

“Tindakan undang-undang sentiasa dan sedang dilakukan bersama PBT (pihak berkuasa tempatan) dan tahun lepas kami telah melaksanakan sebanyak 1,539 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dan sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen atau premis (oleh warga asing),” katanya seperti dipetik Astro Awani.

 

Tambah Nga, KPKT juga bersedia dan akan memberi kerjasama bagi program turun padang bersama kementerian lain, sebagai usaha mengekang penularan perniagaan secara haram oleh warga asing.

 

“Apabila kita syaki ada pendatang tanpa izin salah guna premis ataupun salah guna lesen yang dikeluarkan oleh PBT, maka lesen tersebut akan dibatalkan serta-merta malah tindakan tegas turut dikenakan,” katanya.

Recommended Posts