Krisis air berlarutan? Ini solusi tarif air yang diperlukan oleh semua negeri

bh17kpi o bhfield image socialmedia.var 1705473222

Bekalan air bersih merupakan keperluan asas manusia. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan satu keperluan yang mustahak bagi industri pengeluaran makanan, perkhidmatan dan tenaga. Disebabkan itu, maka permintaan air domestik sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Oleh yang demikian, pengurusan sumber air hendaklah diberi perhatian sepenuhnya supaya dapat memenuhi semua permintaan pengguna yang semakin tinggi.

Dalam memenuhi keperluan ini, didapati masih terjadinya krisis air yang berlarutan di beberapa buah negeri di Malaysia. Seperti yang berlaku di Kelantan apabila sebahagian rakyatnya berdepan dengan gangguan dan kekurangan bekalan air, masalah air kotor dan masalah air berkarat.

Memahami isu seperti ini, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah merasionalisasikan pelarasan tarif baru air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pelarasan ini membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

Pelaksanaan ini bukanlah dibuat sesuka hati, tetapi ia adalah berdasarkan keperluan dan permintaan Kerajaan Negeri . Namun Kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan.

Menurut SPAN, pelarasan tarif air bagi kategori domestik tidak lagi boleh ditangguhkan supaya tidak menjejaskan kemampanan industri perkhidmatan air dalam jangka masa panjang, sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan air yang dinikmati rakyat.

Jika dilihat secara terperinci, kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022. Pelarasan tarif air ini mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan pengendali air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan.

Secara faktanya, semua kerajaan negeri telah bersetuju dengan pelarasan tarif baharu ini termasuk negeri-negeri dari Perikatan Nasional (PN). Misalnya, untuk kerajaan Perlis melalui Syarikat Air Perlis (SAP), mereka mahu pengguna melihat kenaikan tarif baharu air sebagai langkah yang mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan air di negeri tersebut.

“Sebagai pengendali perkhidmatan bekalan air di negeri ini, kami mengalu-alukan pengumuman berkenaan kerana ia langkah membantu syarikat air meningkatkan prestasi perkhidmatan air di negeri ini”

Apabila berlaku perubahan pada tarif (air) ini, SAP dapat menyelesaikan pelbagai masalah membabitkan bekalan air seperti menggantikan paip uzur dan masalah kebocoran air tidak terawat. Ini semua akan dikembalikan kepada pengguna bekalan air itu sendiri.” – kata Ketua Pegawai Operasi SAP, Dr Ir Mohmad Asari Daud

Perubahan ke atas bil bulanan rakyat pastinya menimbulkan sedikit ketidakselesaan. Namun begitu, pihak SPAN menggalakkan pengendali bekalan air di negeri masing-masing memberikan bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar bagi meminimumkan impak.

Sebagai contoh kerajaan negeri Selangor yang memperkenalkan Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang menawarkan air pemberian air percuma kepada golongan sasar penduduk negeri Selangor yang berkelayakan untuk menikmati pemberian rebat air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

Kesimpulannya, isu rasionalisasi tarif air ini tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ini adalah solusi yang diperlukan untuk semua ketika ini.

Recommended Posts